FOOD IS NOT THE ENEMY

PROBIOTIK

Probiotik: Bakteria Yang Baik Untuk Anda

Makanan yang mengandungi probiotik:

Yogurt

Yogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa. Bakteria “baik” seperti lactobacillus atau bifidobacteria mengekalkan keseimbangan yang sihat di dalam usus. Kajian menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan intoleransi laktosa. Ia juga boleh membantu mengurangkan gas atau angin, cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain. Tak semua yogurt sama. Ada yang dipenuhi dengan sirap dan gula. Anda boleh membayar lebih untuk yogurt pencernaan khas, tetapi apa-apa yang mengandungi “kultur hidup dan aktif” sudah memadai untuk mendapat manfaat probiotik dan kesihatan maksimum. Semak label untuk pastikannya.

Susu Soya

Soya semula jadi mengandungi beberapa manfaat probiotik, tetapi produk susu soya terbaru di pasaran mempunyai kultur hidup sebagai tambahan. Untuk pastikan, semak label yang menyatakan “kultur hidup dan aktif”.

Kefir

Kefir, minuman berasal dari Eropah Timur, ianya tebal, berkrim, dan masam seperti yogurt. Boleh dikatakan kacukan antara yogurt dan susu, atau pun smoothie susu.  Satu cara yang lazat untuk memasukan probiotik dan vitamin ke dalam sistem anda. Minuman susu yogurt, contohnya Nestle Bliss, nampaknya menepati gambaran yang diberikan.

Jeruk

Untuk mendapatkan probiotik dari jeruk, pilih jeruk yang difermentasi secara semula jadi di mana cuka tidak digunakan dalam proses penjerukan. Larutan garam laut dan air menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan turut memberikan beberapa manfaat penghadaman. Anda boleh memasukkan jeruk ke dalam sandwich untuk rasa kerangupan.

Tempe

Dibuat dari kacang soya difermentasi, ianya penuh dengan vitamin B12 dan sejenis antibiotik semula jadi untuk melawan bakteria tertentu. Di samping itu, tempe mengandungi protein yang sangat tinggi.Ia boleh dipanggang, bakar atau tumis untuk hidangan yang lazat. Ianya juga boleh diperap dan digunakan sebagai pengganti kepada daging.

Suplemen Probiotik

Di samping boleh didapati dalam makanan, probiotik juga boleh didapati sebagai makanan tambahan atau suplement dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk, dan cecair. Walaupun tidak mengandungi nutrisi seperti yang terdapat dalam makanan, ianya lebih mudah untuk diambil dan dibawa kemana-mana. Jika anda sakit atau mempunyai masalah sistem imun, anda mungkin mahu berhati-hati dalam pengambilan probiotik.

**Kultur Hidup**

Kultur hidup (Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium lactis dan Streptococcus Thermophillus) adalah bakteria baik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik dan seterusnya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien penting daripada makanan.

THE WAY I’M PROMOTE MY BLOG

~sAya suDah uPLoad vidEo iNi kE lamAn yOutuBe dAn sHaRe di facEbook..vidEo iNi disEdiakan baGi meMprOmOsikaN bLog sayA iaItu ‘fOod LovEr’..sAya sanGat menGalu-aLukan rAkaN-raKan untUk menjaDi my foLlowErs..shArinG iS caRing kaN~ (^_^)

http://www.youtube.com/watch?v=-e2UhC1FYQs&feature=youtu.be

#buByE~

Video

CREATIVE FOOD

Assalammualaikum..

Tengah godek2 cari rujukan untuk siapkan assignment, terjumpa pulak gambar2 makanan yg kreatif…Tengok gambar je pun dah berselera.. Nie kalau betul2 depan mata memang terus ngap atau rasa sayang nak makan..huhu

Image

~gaMbaR hiAsaN iHsaN macHik gOogLe~

Image

~gaMbAr hiaSan iHsaN pAcHik gOogLe~

Image

~gaMbaR hiAsaN ciK gOogLe~

#bUbyE#

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Assalammualaikum..

Jom kita try resepi Ikan Patin Masak Tempoyak. Masakan nie terkenal di Perak dan Pahang. Kesahnya, tempoyak berasal dr Perak, ikan patin pulak dr Pahang..itu yg ikan patin masak tempoyak comfius dia berasal dr mana..xpe2 jgn nk rebut2 tempat kelahiran..xkesah la dr mana datangnya..made in Malaysia jugak kn..janji yummy!!

Notakukukakitangan: Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.

 

Bahan-bahan:
Ikan (xkesah ikan apa pun..tp sy ske if ikan patin)
tempoyak (ikut citarasa nk ltk bnyk mana)
1 biji bawang besar
4 biji cili merah
5 biji cili padi
kunyit hidup
1 batang serai, diketuk

Daun kesum

Bunga kantan (optional)
3 cawan air (kalau nak kuah banyak lebihkan air)

Cara-cara:
1) Ikan disiang dan dipotong beberapa bahagian (cuci betol2 kalau x nnti berbau).
2) Blend tempoyak, bawang besar, cili merah, cili padi, kunyit hidup dan air.
3) Rebus bahan blend dan serai hingga mendidih.

4) Masukkan ikan+bunga kantan+daun kesum+garam+gula.

5) Renih hingga kuah pekat dan ikan masak.
6) Jika rasa kurang masam tambahkan asam keping.

Image

~Pic ikan patin ihsan cikgoogle~

Image

 ~Pic ikan patin masak tempoyak nie pun ihsan cikgoogle~

#selamatmencuba#

NASI AYAM ALA ALAHAI

 

Image

Ehem..ehem!!

Nak share resepi makanan kegemaran adik-adik lelaki sy yg sememangnya mempunyai selera makan yg agak luar biasa. Resepi ni ihsan machik google sebenarnya tp sudah dibuat penambah baikkan mengikut selera sy. Sebelum ni tak penah pun nk try masak nasi ayam. Tetiba jer rasa macam tak berbaloi pulak nk beli. Makan 2 bungkus pun belum tentu lagi mereka-mereka tu kenyang. So, jom ler try masak sendiri..simple+jimat+bersih!! (^_^)

 

 

 

Bahan-bahan ( 8-10 orang makan pun cukup )

         

             Sup

  • 1 1/2 kg ayam  
  • 1 labu bawang putih
  • 10 biji bawang kecil
  • 1 1/2 inci halia (blend semua bhn di ats kecuali ayam ye)
  • 1/2 peket rempah sup (peket kecil yg 80sen)
  • 1/4 peket rempah kurma (peket kecil yg 80sen)
  • 2 kiub ayam
  • Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
  • Minyak masak
  • Garam
  • Air

Nasi

  • Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih, halia (dimayang halus)
  • Minyak, garam, pewarna kuning,daun pandan.
  • 5 cawan beras ( 1 cawan = 1 1/2 cawan air sup)

Sos perap ayam

  • Sos tiram, kicap, madu, perencah tomyam (peket kecil yg rm1..nk lg sedap letak 2 peket)

Sambal merah

  • Cili  besar warna merah 5 biji, daun sup sikit, bawang putih 3 ulas, bwang merah 2 ulas, halia, cuka, sos tiram, sos cili, gula, garam, air rebusan ayam (blend).

Sambal kicap

  • Kicap, bawang putih, cili api, air rebusan ayam

 

Cara-cara:

  1. SUP ~ tumiskan semua bahan tu…masukkan air…biarkan mendidih…masukkan ayam dan kiub ayam…kalau dimasak lebih lama lebih bagus…ayam tu jd lembut.
  2. NASI~ tumis bahan2 tumis…masukkan air sup secukupnya…masukkan beras, garam, pewarna kuning, daun pandan…then on rice cooker.
  3. SOS PERAP AYAM ~ campurkan semua bahan..gaul ayam yg telah ditoskan drp kuah sup td, dan bakar guna pemanggang ajaib..nk goreng pun boleh.
  4. SAMBAL MERAH~ tumis bahan2 tumis sehingga masak…kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan cuka.
  5. SAMBAL KICAP~campur jew semua bahan..tak payah nak masak guna api.

 

#selamatmencuba#

MAKANAN TRADISI PERAK (rendang tok)

Hai semua!

Ini kali pertama saya berjinak-jinak dengan dunia blog. Awkward rasanya sebab tak biasa nak mengarang bagai dan share dengan viewer..hehe..tapi atas sebab untuk asingment KPT6044, saya gagahkan juga..tak kenal maka tak cinta kan!

Memandangkan saya nie perakian dan pencinta makanan tegar, so saya mahu berkongsi info tentang makanan tradisi Perak..yummy!!

Makanan Tradisi Perak

Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan tradisionalnya sendiri. Rendang tok memang cukup terkenal di Perak. Ia merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan. Masakan Rendang Tok ini lebih sedap jika disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu dan merupakan masakan istana. Sekarang, ia merupakan menu wajib bagi orang Perak pada pagi Aidilfitri. Sekiranya berminat, boleh la salin resepi dibawah:

RENDANG TOK

BAHAN BAHAN:

1 kg daging

4 camca besar cili kisar

120 ml minyak

1 liter santan pekat

1 camca besar gula merah

1 biji kelapa parut (dibuat kerisik)

Sedikit garam

Bahan A (dikisar halus)

5 batang serai

2 cm lengkuas

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

Bahan B (disangai dan dikisar halus)

2 camca besar ketumbar

1 camca besar jintan manis

1 camca besar jintan putih

4 cm kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

1 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA

1. Daging dibersihkan dan dipotong selebar 4 cm. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili kisar hingga naik baunya.

3. Masukkan santan dan daging. Kacau sebentar dan biarkan kuah menjadikan pekat.

4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan gula merah, kerisik, serta garam.

5. Masak hingga menjadi pekat dan kering

 Image

~gambar hiasan ihsan machik google~

Image

~gambar hiasan ihsan pachik google~

#Selamat mencuba#

HidayuJamali's Blog

SENYUMLAH KERANA IA ADALAH TERAPI YANG PERCUMA

Ida Norini

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

cikgunuurul

PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

The WordPress.com Blog

Electronic and Web-based Learning (KPT6044)

aidasuhaila295

I love my life

beLoGsaya (DUNIA SAINS)

senyumsumbing (KpT 6044)

The Daily Post

The Art and Craft of Blogging

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.